suria

Lufthansa Rancang Jual Katerer Dalam Pesawat

FRANKFURT: Syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa merancang untuk menjual unit kateringnya iaitu LSG Sky Chef bagi memberi lebih fokus kepada perniagaan teras syarikat penerbangannya, lapor Financial Times Deutschland pada Isnin.

Selepas menjual beberapa unit yang mencatatkan kerugian, Lufthansa kini mahu menumpukan anak syarikat yang menguntungkan seperti LSG Sky Chefs dan unit khidmat teknologi maklumat (IT) dengan merancang untuk melepaskan unit kateringnya, kata newspaper itu tanpa mendedahkan sumbernya.

Pada awalnya, syarikat penerbangan itu akan menjual 49 peratus daripada LSG Sky Chefs selewat-lewatnya menjelang 2013 , menerusi kerjasama strategik dengan sektor katering.

LSG Sky Chefs merupakan katerer dalam pesawat yang terbesar di dunia, yang mempunyai hampir 30,000 orang dan menjana jualan tahunan sebanyak 2.3 bilion euro (RM9.15 bilion). - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain