suria

Gempa Bumi 6.5 Magnitud Landa Greenland

PARIS: Gempa bumi kuat berukuran 6.5 magnitud melanda Laut Greenland lewat malam Khamis.

Bagaimanapun tiada laporan kerosakan atau amaran tsunami dikeluarkan, menurut Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Gempa itu berlaku pada pukul 10.47 malam (waktu tempatan) dengan kedalaman 11 kilometer, kira-kira 1079 kilometer di barat laut Murmansk, Rusia.

Artikel Sebelum

Artikel Lain