Australia Tawar Visa Kediaman Tarik Pelaburan - Dunia | mStar

Australia Tawar Visa Kediaman Tarik Pelaburan

MELBOURNE: Australia merancang menawarkan ahli perniagaan kaya raya mendapatkan visa kediaman sebagai sebahagian daripada skimnya untuk menarik pelaburan.

Menteri Imigresen Chris Bowen yang akan mengumumkan secara rasmi skim itu berkata kerajaan mahu menambah baik program visa pelaburan sedia ada.

"Pelabur yang bersedia membuat pelaburan yang besar di Australia akan mendapat layanan konsesi di segi kediaman tetap," kata Bowen kepada ABC radio, Jumaat.

Bowen berkata beliau menjangka kira-kira 7,000 visa pelaburan perniagaan akan dikeluarkan berikutan perubahan itu.

"Saya rasa kita boleh menarik pelabur, terutama sekali mereka yang mahu melakukan inovasi, mengambil risiko melabur di dalam bidang yang mungkin sukar menarik modal dan membantu kami mewujudkan pekerjaan dan pertumbuhan," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

25 Maut Pergaduhan Puak Di Mali

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain