suria

Tentera Ambil Alih Kawalan Udara Semasa Olimpik

LONDON: Tentera Britain akan mengambil alih kawalan ruang udara London untuk pertama kali sejak 1945 sebagai sebahagian langkah keselamatan semasa Sukan Olimpik, menurut laporan The Times.

Pengawai penerbangan awam masih bertanggungjawab menyelia kedatangan 500,000 tetamu tambahan ke lapangan terbang di London tetapi akan diletakkan di bawah seliaan Kementerian Pertahanan untuk pertama kali sejak Perang Dunia Kedua.

Menurut laporan itu, Kementerian Pertahanan dijangka mewujudkan zon udara selamat yang terhad kepada kegunaan tentera dan akan mewujudkan pusat kawalan bersama di Hampshire.

“Ia adalah operasi mereka dengan pengawal udara dan peraturan mereka," kata Paul Haskins daripada Perkhidmatan Trafik Udara Kebangsaan (NATS).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain