suria

Dua Penunjuk Perasaan Maut Ditembak Tentera Syria

BEIRUT: Angkatan tentera Presiden Syria, Bashar Assad menembak mati dua penunjuk perasaan di ibu negara Damsyik pada Sabtu dan melepaskan beberapa tembakan di udara bagi menyuraikan ribuan penunjuk perasaan anti-kerajaan di hab komersial Aleppo, kata aktivis.

Ia memasuki hari kedua demonstrasi jalanan di Aleppo, bandar terbesar di Syria, selepas lawatan pemantau gencatan senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam menyaksikan penunjuk perasaan berkumpul di luar pintu pagar Universiti Aleppo sebelum pasukan keselamatan menghalau mereka.

"Rakyat mahu kejatuhan rejim!" laung penunjuk perasaan yang dirakam dan diedarkan oleh aktivis pembangkang.

"Dalam rakaman berkenaan, penunjuk perasaan berarak di sepanjang jalan sekali gus menjadikan ia antara perhimpunan terbesar di Aleppo sejak kebangkitan anti Assad 14 bulan lalu. - REUTERS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain