suria

Pesawat Bawa 21 Penumpang Terhempas Di Katmandu

KATMANDU: Sebuah pesawat yang membawa 21 penumpang dilaporkan terhempas di utara pergunungan Himalaya pada Isnin.

Pesawat itu terhempas awal pagi Isnin semasa cuba mendarat di Lapangan terbang Jomsom, laluan masuk ke kawasan pelancongan popular Nepal.

Pihak polis mengesahkan, pesawat itu adalah milik syarikat penerbangan tempatan, Agri Air.

Empat mangsa yang terselamat berada dalam keadaan kritikal dan diterbangkan segera dengan sebuah helikopter ke bandar berhampiran, Pokhara untuk rawatan susulan.

Ketua Pentadbir Kerajaan di wilayah itu, Laxmi Raj Sharma berkata, pasukan penyelamat turut menemui sembilan mayat dari kawasan nahas.

Namun, identiti mereka masih belum dikenal pasti.

Artikel Berikut

Artikel Lain