suria

Malaysia Gesa Pertempuran Sudan Utara & Selatan Dihentikan Segera

KUALA LUMPUR: Malaysia pada Isnin menggesa agar pertempuran yang sedang berlaku antara Sudan Utara dan Sudan Selatan dihentikan segera.

Menurut kenyataan Kementerian Luar di sini, Malaysia juga mendesak agar kedua-dua pihak kembali ke meja rundingan bagi menyelesaikan isu Perjanjian Damai Komprehensif (CPA) dan isu-isu lain sejak pemisahan dua buah negara itu.

"Malaysia mengalu-alukan usaha yang diambil oleh Panel Pelaksanaan Peringkat Tertinggi Kesatuan Afrika (AUHIP) sebagai pengantara dalam rundingan antara Republik Sudan dan Republik Sudan Selatan. "Adalah penting bagi pemimpin kedua-dua buah negara bertemu secepat mungkin untuk mencari jalan penyelesaian secara aman kepada masalah yang timbul," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut bahawa Malaysia yakin diplomasi merupakan cara terbaik untuk mencari penyelesaian dan kesepakatan bersama yang akan membawa manfaat kepada semua pihak demi keamanan dan pembangunan berterusan di rantau tersebut. -BERNAMA

Artikel Lain