suria

Peluncur Di Hawaii Digigit Jerung

HONOLULU: Seorang peluncur berusia 28 tahun mengalami kecederaan di kaki kiri selepas digigit jerung sepanjang tiga meter di utara Oahu.

Joshua Holley sedang meluncur pada Selasa apabila dia berasa sesuatu pada kakinya.

Ketua Operasi Penyelamat Honolulu, Jim Howe memberitahu pengiklan Star bahawa jerung itu datang kepada Holley, menggigit kakinya dan melepaskannya, kemudian menggigitnya lagi.

Beliau berkata, Holley berusaha mempertahankan diri daripada serangan jerung itu dengan menggunakan papan luncur.

Terdapat gigitan pada alat itu yang dipercayai daripada jerung berkenaan.

Howe berkata kepada pemberita, Holley mendapat rawatan di pantai sebelum dihantar ke Hospital Besar Wahiawa untuk rawatan susulan.

Holly melakukan pembedahan kecil pada Rabu. - AP

Artikel Berikut

Artikel Lain