suria

Dua Bilionair Hong Kong Yang Ditangkap Nafi Melakukan Kesalahan

HONG KONG: Bilionair bersaudara dan pengerusi bersama syarikat pemaju Hong Kong Sun Hung Kai Properties Ltd pada Selasa, menafikan sebarang salah laku dan menegaskan bahawa perniagaan berjalan seperti biasa, dalam penampilan pertama sejak penangkapan mereka kerana disyaki rasuah.

Raymond dan Thomas Kwok ditahan minggu lalu oleh Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) dalam penyiasatan terbesar agensi Hong Kong sejak ia ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mencungkil rasuah dalam kerajaan dan polis.

"Saya pasti boleh memberitahu anda bahawa saya sendiri tidak melakukan apa-apa yang kesalahan dan saya percaya Thomas Kwok juga tidak melakukan kesalahan," kata Raymond Kwok kepada pemberita ketika pasangan itu berdepan pihak media di ibu pejabat syarikat itu di Hong Kong di daerah Wan Chai yang sibuk.

Kedua mereka, yang menurut majalah Forbes bernilai $18.3 bilion, berkata siasatan itu tidak akan menjejaskan keputusan perniagaan pemaju terbesar di Asia, dengan jualan dan rancangan pembangunan akan diteruskan seperti yang dijadualkan.

Syarikat itu memiliki beberapa hartanah terbesar bekas jajahan British, termasuk bangunan tertingginya, Pusat Perdagangan Antarabangsa yang menempatkan Morgan Stanley dan Ritz Carlton.

Penangkapan dua beradik itu pada Khamis lepas, bersama-sama dengan bekas pegawai rasmi nombor dua dalam kerajaan Hong Kong, Rafael Hui, dibuat selepas bakal pemimpin bandar ini, berikrar untuk menangani harga harta yang melambung tinggi.

Masyarakat awam Hong Kong semakin terkilan dengan hubungan selesa antara kerajaan dan perniagaan besar, dan sesetengah pemerhati telah mentafsirkan penangkapan sebagai langkah pertama dalam usaha untuk mengekang kuasa elit.

Kedua adik-beradik dan Hui telah dibebaskan dengan ikat jamin dan masih belum didakwa dengan apa-apa kesalahan.

Artikel Berikut

Artikel Lain