suria

Tambang Qantas Naik Berikutan Kenaikan Kos Bahan Api

MELBOURNE: Kenaikan kos bahan api memaksa Qantas Airways menaikkan harga tiket.

Menurut syarikat penerbangan itu, tambang akan naik antara A$10 dan A$30 satu penerbangan bagi tempahan antarabangsa mulai 12 April.

Tambang domestik akan meningkat antara A$7 dan A$10 mulai 5 April, katanya.

Ia berkata surcaj bahan api juga akan naik bagi tempahan penumpang yang kerap menggunakan penerbangan.

Tambang dan caj perkhidmatan lain bagi syarikat penerbangan tambang rendahnya, Jetstar, juga akan naik bagi pasaran Singapura dan Australia.

"Sementara surcaj bahan api, kenaikan harga dan lindung nilai digunakan bagi meringankan kesan harga bahan api, mereka tidak akan memulihkan sepenuhnya impak kos," demikian menurut Qantas dalam satu kenyataan.

Purata harga bahan api pada tahun ini sehingga kini pada tahap tertinggi sejak tahun kewangan 2007/08, kata Qantas.

Artikel Berikut

Artikel Lain