suria

Presiden Maldives Dihalang Penyokong Bekas Pemimpin Hadiri Parlimen

Presiden Maldives, Mohammed Waheed Hassan.
Presiden Maldives, Mohammed Waheed Hassan.
Presiden Maldives, Mohammed Waheed Hassan.

MALE: Para penyokong bekas presiden Maldives telah mengadakan sekatan terjadap pemimpin baru di Maldives daripada menghadiri pembukaan Parlimen tiga minggu selepas beliau mengambil alih kuasa itu.

Penyokong bekas Presiden Mohamed Nasheed membuat sekatan di jalan-jalan yang menuju ke Parlimen pada Khamis dan memenuhi tempat-tempat duduk speaker sehingga menghalang presiden baru, Mohammed Waheed Hassan daripada membuat ucapan sulung beliau.

Nasheed meletak jawatan bulan lalu selepas bantahan awam dan kehilangan sokongan daripada tentera dan polis selama berminggu-minggu.

Beliau kemudian berkata, beliau digulingkan akibat satu rampasan kuasa sehingga terpaksa meletakkan jawatan itu. - AP

Artikel Lain