suria

Empat Maut Dalam Serangan Udara Somalia

MOGADISHU: Dua pegawai di Somalia berkata, serangan udara yang berlaku pada lewat malam telah mengorbankan empat militan di selatan Somalia.

Seorang pegawai pada Jumaat berkata, serangan pada lewat malam itu berlaku di wilayah Lower Shabelle di mana kumpulan al-Qaida mempunyai kaitan dengan kumpulan militan al-Shabab yang mengawal sepenuhnya wilayah itu.

Pegawai tentera Somalia berkata, komander Kenya yang bernama Akram merupakan antara empat yang terbunuh.

Pegawai itu bagaimanapun tidak mahu namanya didedahkan atas sebab keselamatan.

Seorang pegawai perisikan Somalia pula mengesahkan serangan itu.

Tentera Kenya telah melancarkan pelbagai serangan udara di selatan Somalia sejak tentera itu berpindah ke rantau di sini pada Oktober lalu. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain