suria

Pembantu Rumah Bunuh Majikan Yang Memanggilnya 'Bodoh'.

SINGAPURA: Seorang pembantu rumah warga Indonesia yang baru bekerja lima hari di sini pada tahun 2009, mengaku bersalah di atas tuduhan membunuh majikannya yang berusia 87 tahun selepas berulang kali memanggilnya 'bodoh'.

Dia kini berhadapan dengan hukuman berat dipenjarakan sehingga 20 tahun.

Vitria Depsi Wahyuno yang kini berusia 19 tahun telah menipu mengenai umur sebenarnya ketika itu dengan mengaku berusia 23 tahun bagi membolehkannya diterima bekerja di sini.

Dia kemudiannya telah diambil bekerja untuk Sng Gek Wah, seorang janda berusia 87 tahun.

Peguamnya telah memohon agar hukuman ke atas Vitria diringankan dengan berhujah bahawa anak guam mereka adalah seorang yang rendah pengetahuan dan tidak dapat menahan tekanan yang dilakukan oleh majikannya yang sering memanggilnya dengan perkataan 'bodoh'.

Jiran-jiran mangsa juga mengakui hakikat bahawa Sng adalah seorang wanita yang sangat garang dan sering kali kedengaran memaki hamun Vitria.

Malah sejak 2003, Sng dikatakan telah menukar enam orang pembantu rumah sebelum kedatangan Vitria.

Anak dan cucu Sng dalam keterangan mereka di mahkamah berkata, mangsa adalah seorang yang berhati mulia tetapi boleh menjadi tidak penyabar pada waktu-waktu tertentu.

Mangsa telah dipukul menggunakan pasu bunga sebelum dicekek sehingga mati.

Hukuman telah ditetapkan pada 7 Mac depan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain