suria

Gempa Bumi 5.8 Skala Richter Gegar Papua New Guinea

SYDNEY: Satu gempa bumi berukuran 5.8 skala Richter menggegarkan Papua New Guinea awal pagi Rabu, tetapi tiada laporan kerosakan dan amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa yang melanda wilayah timur negara ini berada pada kedalaman 10 kilometer dengan pusat gempa terletak 87 kilometer ke selatan bandar Lae, menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain