suria

Kronologi Krisis Kepimpinan Maldives

MALE (Maldives): Sejak presiden pertama negara ini yang dipilih secara demokratik dipaksa meletakkan jawatan Selasa lalu, seluruh dunia tertumpu kepada Maldives yang sebelum ini lebih dikenali sebagai syurga percutian di tepi pantai.

Tetapi kini, jumlah pengunjung yang mendarat di negara kepulauan di Laut Hindi ini telah menjunam dengan begitu teruk sekali - segala-galanya adalah gara krisis politik yang sedang melanda Maldives sekarang.

Berikut adalah maklumat ringkas mengenai sejarah Maldives untuk tatapan pembaca:

26 Julai: 1965: Memperolehi kemerdekaan penuh daripada British sebagai sebuah negara kesultanan. Diterima sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. 1968: Pemerintahan beraja dihapuskan dalam satu referendum yang diadakan. Rakyat memilih untuk menjadi sebuah negara republik. Ibrahim Nasir dipilih sebagai presiden pertama. 1978: Nasir bersara dari perkhidmatan dan digantikan oleh Maumoon Abdul Gayoom, yang kemudiannya untuk tempoh 30 tahun akan datang telah memenangi jawatan presiden tanpa bertanding.

1988: Percubaan merampas kuasa melibatkan askar-askar upahan dari Sri Lanka gagal dengan campur tangan dan bantuan pasukan keselamatan India. 1998: Gayoom memenangi penggal kelima sebagai presiden. 2003: Gayoom sekali lagi mengangkat sumpah sebagai presiden untuk penggal keenam berturut-turut selepas tercetusnya kekacauan sepanjang tempoh kempen pilihan raya.

2004: Undang-undang kecemasan dikuatkuasakan selepas demonstrasi pro demokrasi dilancarkan.

Jun 2005: Parlimen mengundi untuk membentuk sistem pelbagai parti. Bagaimanapun dua bulan kemudian pihak berkuasa telah menahan pemimpin-pemimpin pembangkang.

Pemimpin pro-demokrasi Mohamed Nasheed, didakwa sebagai pengganas. 2007: Dua belas pelancong asing tercedera dalam satu kejadian letupan di ibu negara Maldives, Male.

Januari 2008: Gayoom terselamat daripada percubaan membunuhnya.

Oktober 2008: Nasheed menumpaskan Gayoom dalam pilihan raya presiden yang pertama melibatkan pelbagai parti.

1 Mei 2011: Protes anti-kerajaan menentang kenaikan harga barangan berlangsung selama empat hari berturut-turut yang hampir melumpuhkan kerajaan.

19 Jan 2012: Sekali lagi protes menentang kerajaan Nasheed berlangsung di ibu negara memprotes penangkapan hakim-hakim.

7 Feb 2012: Nasheed mengumumkan peletakan jawatannya selepas mendakwa didesak berbuat demikian oleh pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera.

Naib Presiden Mohamed Waheed mengangkat sumpah sebagai pemimpin negara yang baru. 9 Feb 2012: Mahkamah mengeluarkan waran tangkap ke atas Nasheed.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain