Juruterbang AirAsia X Langgar Sempadan Keselamatan - Dunia | mStar

Juruterbang AirAsia X Langgar Sempadan Keselamatan

MELBOURNE: Penyiasat keselamatan udara Australia mendapati bahawa juruterbang-juruterbang AirAsia X telah dua kali menerbangkan pesawat begitu rendah di Lapangan Terbang Gold Coast hingga melanggar sempadan keselamatan antara daratan dan kapal terbang lain.

Kapal terbang Airbus A330 itu membuat penerbangan dari Kuala Lumpur ke Gold Coast apabila kejadian itu berlaku pada 4 Mei dan 29 Mei, 2010.

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, dalam satu laporan yang mengklasifikasi kejadian itu sebagai 'serius', berkata pesawat-pesawat itu turun ke ketinggian yang tidak lagi terdapat jaminan pemisahan dari daratan dan dari kapal terbang yang beroperasi di luar ruang udara terkawal.

Ketika itu awan berada pada paras rendah dan penglihatan kurang jelas, tetapi sebab kenapa juruterbang-juruterbang itu melangkaui jarak selamat itu tidak diberikan.

Bagaimanapun, penyiasat-penyiasat berkata anak kapal "barangkali tidak dilengkapi secukupnya untuk mengendalikan jalan tuju dengan kaedah selain kaedah terurus autojuruterbang".

Sebagai tindak balas kepada kejadian itu AirAsia X telah mengubah prosedur bagi anak kapal semasa melaksanakan pendaratan serta mengubah suai program latihan simulator. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kronologi Krisis Kepimpinan Maldives

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain