Nokia Cadang Hapuskan 4,000 Pekerjaan Dalam Usaha Memenangi Semula Pasaran Telefon Bimbit - Dunia | mStar

Nokia Cadang Hapuskan 4,000 Pekerjaan Dalam Usaha Memenangi Semula Pasaran Telefon Bimbit

HELSINKI: Pengeluar telefon bimbit terbesar dunia - Nokia - bercadang untuk membuang sehingga 4,000 pekerja di kilang pengeluarannya di Finland, Hungary dan Mexico menjelang hujung tahun ini untuk terus kekal berdaya saing.

"Adalah dijangkakan, 2,300 orang kakitangan di Komarom (Hungary), 700 di Reynosa (Mexico) dan 1,000 lagi di Salo (Finland) akan kehilangan pekerjaan," kata jurucakap syarikat, James Etheridge kepada agensi berita AFP.

Keputusan untuk mengkaji semula keperluan tenaga kerja di ketiga-tiga negeri ini dibuat pada September 2011.

Nokia memutuskan untuk menumpukan kilang pengeluarannya di Komarom, Reynosa dan Salo sebagai pusat penyeragaman perisian telefon pintar manakala pusat pengilangan pengeluaran telefon bimbit akan berpindah ke Asia.

Telefon pintar terbarunya - Lumia - telah mencatatkan satu juta unit jualan sejak dilancarkan Oktober lalu tetapi kini berhadapan dengan saingan yang sengit daripada Blackberry, iPhone dan telefon bimbit yang menggunakan platform Android.

Statistik jualan suku keempat tahun lalu menunjukkan, Nokia hanya berjaya menjual 19.6 juta unit telefon pintar - 31 peratus kurang daripada jumlah jualan untuk tempoh yang sama pada tahun 2010 malah ketinggalan jauh jika dibandingkan dengan Apple yang mencatatkan jualan sehingga 37 juta unit serta Samsung, 36.5 juta unit telefon pintar.

Malah Nokia mencatatkan kerugian bersih Euro 1.2 bilion (AS$1.5 bilion) pada 2011, berbanding keuntungan bersih yang dicapai sebanyak Euro 1.8 bilion pada tahun sebelum itu.

Artikel Sebelum

Letupan Pattani: Seorang Maut, Sembilan Cedera

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain