Lawak Jay Leno Mengenai Kuil Emas Amritsar Dibantah Oleh Keturunan Sikh & Kerajaan India - Dunia | mStar

Lawak Jay Leno Mengenai Kuil Emas Amritsar Dibantah Oleh Keturunan Sikh & Kerajaan India

WASHINGTON: Kerajaan Amerika Syarikat secara terang-terangan mempertahankan hak kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat hos televisyen popular Jay Leno berhubung lawak jenakanya yang mengaitkan bakal calon presiden dengan kuil penganut agama Sikh di Amritsar India.

Jay Leno dalam program tengah malamnya baru-baru ini membuat lawak dengan menunjukkan foto kuil emas Sikh di Amritsar, India yang menurutnya adalah 'kediaman musim panas' calon presiden, Mitt Romney.

Ini kerana kononnya, kekayaan peribadi calon presiden itu sejak akhir-akhirnya menjadi pertikaian ramai. Ramai yang ingin tahu bagaimanakah beliau mengumpul kekayaannya.

Tindakan satira Jay Leno itu telah mencetuskan perasaan tidak puas hati bukan sahaja di kalangan masyarakat Sikh Amerika tetapi juga Kerajaan India.

Ini mendorong jurucakap Jabatan Negara Amerika, Victoria Nuland untuk keluar dengan satu kenyataan rasmi bahawa kerajaan Amerika tidak membuat sebarang komunikasi rasmi dengan Kerajaan India berhubung perkara ini tetapi pada masa yang sama mengingatkan bahawa perlembagaan negara secara jelas menpertahankan hak rakyatnya untuk bersuara dan mengeluarkan pendapat.

"Saya berharap, apa yang dinyatakan oleh Jay Leno akan dihargai sebagai satu bentuk kebebasan bersuara apatah lagi jika kita lihat dari sudut perlembagaan, komen yang dibuat olehnya dilindungi di bawah perlembagaan negara sebagai satu kebebasan bersuara lebih-lebih lagi apa yang dinyatakannya itu lebih bersifat satira," kata Nuland kepada para pemberita.

Namun begitu kata Nuland, Amerika Syarikat menghormati semua rakyatnya berketurunan India termasuk penganut agama Sikhs.

Satu petisyen oleh Persatuan Sikh Amerika telah dimuat naikkan secara dalam talian untuk membantah tindak tanduk Leno yang mereka sifatkan sebagai rasis dan perlu dihentikan.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain