suria

Letupan Bom Di Pakistan Korbankan Lima Orang

PESHAWAR: Dua buah bom meletup di dua kawasan yang berbeza dekat sini sehingga mengorbankan lima jiwa dan mencederakan 26 orang yang lain.

Bom pertama yang meletup telah disembunyikan pada sebuah motosikal yang ditinggalkan di sebuah plaza di sini membunuh dua orang awam dan mencederakan 19 orang lagi.

Bom yang kedua pula meletus di sebuah pasar yang sibuk di sebuah pekan bernama Landi Kotal yang terletak di Genting Kyber juga tidak jauh dari sini.

Letupan kuat itu mengorbankan tiga orang awam dan mencederakan tujuh orang.

Artikel Lain