Bintang 'Real Housewives' Ke Pusat Pemulihan - Dunia | mStar

Bintang 'Real Housewives' Ke Pusat Pemulihan

LOS ANGELES: Masalah semakin meningkat di kalangan para pelakon rancangan realiti 'The Real Housewives of Beverly Hills' (RHoBH).

Bintang RHoBH, Kim Richards dimasukkan ke pusat pemulihan untuk mendapatkan rawatan, beberapa sumber mengesahkan perkara itu kepada ET Online.

Meskipun kurang jelas atas sebab apa Richards, 47, diberikan rawatan, bagaimanapun pengambilan alkohol oleh pelakon itu menjadi faktor kebimbangan utama. Sewaktu musim akhir 'Beverly Hills' Januari lalu, saudaranya, Kyle Richards, memarahi pelakon itu dan menuduhnya penagih alkohol.

Baru-baru ini, menerusi episod yang disiarkan pada Oktober, pelakon bary, Brandi Glanville, menuduh Richards sebagai pemabuk, tuduhan yang dinafikan oleh Richards pada ketika itu.

Pada musim kedua Real Housewives of Beverly Hills yang ditayangkan pada September, terjejas akibat tragedi apabila Russell Armstrong membunuh diri - sebulan selepas isterinya, Taylor Armstrong memfailkan penceraian.

Jurucakap Richards tidak memberi respon pantas apabila diminta berbuat demikian oleh TheWarp. - REUTERS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Foto Marilyn, Gaun Gaga Dilelong Di LA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain