Kuwait Arahkan Tangkapan Dalam Kejadian Rusuhan - Dunia | mStar

Kuwait Arahkan Tangkapan Dalam Kejadian Rusuhan

BANDAR KUWAIT: Media Kuwait melaporkan pihak berkuasa telah mengeluarkan 50 waran tangkap berhubung rusuhan di bangunan Parlimen, awal bulan lalu.

The Kuwait Times melaporkan, barisan peguam bela menjangkakakn lebih banyak tangkapan akan dibuat berkaitan dengan rusuhan yang berlaku pada 16 November lalu.

Rusuhan tersebut disebabkan oleh penunjuk perasaan yang marah dengan dakwaan rasuah terhadap pegawai kerajaan.

Pemerintah Kuwait telah mengarahkan agar kawalan keselamatan di bandar yang kaya dengan minyak itu diperketatkan. Kekecohan itu berlaku selepas ahli pembangkang menuntut agar Perdana Menteri disoal berhubung dakwaan terdapat pegawai kerajaan yang memindahkan wang negeri ke akaun bank di luar negara.

Gerakan tersebut bagaimanapun gagal, namun dijangkakan percubaan baru akan terus dilakukan. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lelaki Ditahan Berhubung Wang Di Kafe

Artikel Berkaitan

Artikel Lain