suria

Monti Dicalon Bentuk Kerajaan Baru Di Itali

ROM: Presiden Itali, Giorgio Napolitano pada Isnin mencalonkan bekas Pesuruhjaya Eropah, Mario Monti membentuk kerajaan baru, sehari selepas Silvio Berlusconi meletakkan jawatan selepas berkuasa lebih dua dekad.

“Senator Mario Monti diberi tanggungjawab untuk membentuk kerajaan baru," kata jurucakap presiden kepada pemberita.

Profesor ekonomi berusia 68 tahun dan dekan kepada universiti berprestif, Bocconi University di Milan itu dianggap mempunyai reputasi tinggi sebagai birokrat yang berpusat di Brussels, tetapi belum pernah menjawat sebarang jawatan politik. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain