suria

Lukisan Masjid Dilelong Pada Harga RM10 Juta

NEW YORK: Sebuah lukisan masjid berukuran gergasi oleh seorang pelukis Rusia telah dijual pada harga hampir RM10 juta pada sebuah jualan lelong di sini.

Lukisan yang bertajuk "Pearl Mosque at Delhi" tersebut dijual pada Selasa di lelongan Sotheby's yang melelong karya dari Rusia. Karya tersebut mempunyai ketinggian 3.9 meter dan selebar 4.8 meter. Dihasilkan daripada tahun 1876 hingga 1879, ia menunjukkan beberapa orang melutut di sebuah masjid India.

Ia ditawarkan oleh Museum of Fine Arts dari Boston dan mempunyai nilai jualan semula daripada RM9 juta hingga RM15 juta.

Lukisan tersebut dihasilkan oleh pelukis Vasili Vasilievich Vereshchagin dan merupakan salah satu karya dalam siri lukisannya yang berkisarkan tentang India.

Ia dianggap sebagai salah satu karya agung oleh beliau yang dilelong dalam masa 100 tahun. -AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bapa Charice Mati Ditikam

Artikel Lain