suria

Suspek Pembuat Bom Ditahan Di Indonesia

JAKARTA: Pihak polis pada Jumaat menahan seorang pembuat bom yang disyaki terlibat dalam dua serangan berani mati termasuk pengeboman di sebuah gereja penuh dengan jemaah, kata pihak berkuasa.

Jurucakap polis Anton Bachrul Alam berkata, suspek dikenali sebagai Nanang Irawan, ditahan di pekan Madiun di Jawa Timur di atas kedua-dua serangan.

“Dia kini disiasat oleh bahagian anti keganasan,” katanya.

Berpuluh-puluh orang cedera dalam pengeboman di gereja yang terletak di Solo pada bulan lalu dan serangan yang serupa di sebuah masjid di Cirebon April lalu. – AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Biodata Muammar Gaddafi

Artikel Lain