suria

Tiada Cadangan Periksa Beg Penumpang Kereta Api Bawah Tanah

LONDON: Tiada cadangan untuk memeriksa beg penumpang yang menggunakan perkhidmatan kereta api bawah tanah sebagai langkah tambahan keselamatan bagi Sukan Olimpik di sini, tahun depan.

Ketua Pengangkutan Bandar itu berkata, London Underground dikenali sebagai Tube di kalangan orang tempatan, akan dilanjutkan masa operasi sepanjang temasya sukan berkenaan.

Kritikan terhadap masa operasi yang dilanjutkan mencetuskan kebimbangan sekiranya langkah keselamatan tambahan dilaksanakan boleh melambatkan perjalanan. -AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain