suria

Ketua Polis Paris Mangsa Penyeluk Saku

PARIS: Isu berkaitan penyelukan saku di kota ini mencapai ke tahap maksimum apabila Ketua Polis Paris, Michel Gaudin menjadi mangsa terbaru mereka.

Sekumpulan penyeluk saku telah berjaya mencuri telefon pintar kepunyaan Gaudin ketika dia sedang menunggu untuk menaiki sebuah kereta api di stesen Gare de Lyon.

Mereka berpura-pura meminta Michel Gaudin menandatangani sebuah petisyen dan tanpa disedari salah seorang daripada kumpulan ini menyeluk sakunya dan mencuri sebuah telefon pintar.

Bagaimanapun, tidak ada maklumat sensitif yang terkandung di dalam telefon tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain