suria

Angka Kematian Kemalangan Bas Di China Meningkat 16 Orang

BEIJING: Kenyataan rasmi persatuan pelancongan China pada Ahad berkata angka kematian kemalangan bas pada hari pertama sambutan Hari Kebangsaan negara itu meningkat kepada 16 orang.

Persatuan Pelancongan Kebangsaan (NTA) berkata kemalangan yang berlaku sehari sebelum hari sambutan itu di wilayah Hubei turut menyebabkan seorang mangsa hilang dan 17 yang lain tercedera.

34 orang penumpang dilaporkan menaiki bas tersebut.

Persatuan itu dalam kenyataannya berkata bas berkenaan menjunam ke dalam Sungai Xiangxi iaitu cawang Sungai Yangtze.

Bagaimanapun, persatuan berkenaan tidak menyatakan punca kejadian.

Kemalangan jalan raya yang serius kerap berlaku di negara itu ekoran keadaan kenderaan yang tidak selamat dan sikap pemandu yang kurang terlatih, mengabaikan undang-undang jalan raya.

Cuti panjang bersempena sambutan Hari Kebangsaan negara itu bermula Sabtu lalu. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain