suria

Raja Dadah Bolivia Dipenjara 14 Tahun

MIAMI: Mahkamah Persekutuan Miami pada Sabtu dijatuhkan hukuman 14 tahun penjara terhadap bekas raja dadah Bolivia selepas didapati bersalah atas tuduhan menyeludup dadah.

Jeneral Rene Sanabria, yang pernah menjadi pegawai tertinggi polis dalam skuad khas memerangi dadah ketika pentadbiran Presiden Evo Morales pada 2007-2008, ditahan di Panama, Februari lalu sebelum diektradisi ke Miami untuk menghadapi tuduhan itu.

Hakim Ursula Ungaro turut menjatuhkan hukuman sembilan tahun penjara terhadap pembantu Sanabria, Marcelo Foronda. Saksi memberitahu, sebaik hakim membaca hukuman, Sanabria menangis dan merayu Ungaro mengurangkan tempoh penjara terhadapnya.

Peguam Sanabria berkata, anak guamnnya akan membuat rayuan terhadap hukuman itu. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain