suria

Budak 10 Tahun Bunuh Diri Lepas Tembak Guru

SAO PAULO: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun membunuh dirinya sendiri dekat pinggir bandar Sao Paulo selepas menembak gurunya di dalam bilik darjah, demikian menurut datuk bandar Sao Caetano do Sul.

Pihak berkuasa berkata budak itu memasuki kelas di mana 25 pelajar yang lain sedang belajar dan menembak professor Rosileide Queiros de Oliveira, 38, namun guru tersebut terselamat.

Dia kemudian keluar dari bilik darjah dan menembak dirinya di kepala.

Budak tersebut tidak mati sejurus selepas tembakan tetapi hilang nyawa selepas mengalami dua serangan jantung.

Guru tersebut ditembak di bahagian belakang peha namun berada dalam keadaan stabil.

Kejadian tembakan di sekolah yang paling teruk baru-baru ini berlaku pada April di Rio de Janeiro apabila seorang pemuda bersenjata berusia 23 tahun yang mengatakan dirinya sebagai bekas pelajar sekolah terbabit menembak mati 12 pelajar berusia 10 hingga 15 tahun. -AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain