Lima Terbunuh Di Pusat Karaoke - Dunia | mStar

Lima Terbunuh Di Pusat Karaoke

MANILA: Seramai lima orang terbunuh manakala tujuh orang tercedera apabila sebutir bom tangan dilontarkan ke sebuah pusat karaoke di sini, demikian menurut polis pada Rabu.

Dua orang penyerang yang menaiki motosikal pergi ke arah premis tersebut pada malam Selasa di sebuah pekan pertanian dekat La Paz dengan seorang daripada mereka melontarkan bom tersebut, kata polis.

Motif serangan masih belum diketahui dan tiada penahanan dibuat setakat ini, kata pegawai penyiasatan polis La Paz, Robert Calacal.

"serangan (bom) seperti ini jarang berlaku di pekan ini," beritahu Calacal kepada pemberita melalui satu panggilan telefon.

Menurutnya, letupan berlaku semasa waktu kemuncak bar tersebut dengan lima orang yang terdiri daripada pengunjung dan klien yang kesemuanya rakyat Filipina.

Seorang jurucakap polis di Manila berkata tujuh orang tercedera dalam serangan itu.

Pusat karaoke itu bersaiz kecil dan berlokasi di tepi jalan yang kebiasaannya dikunjungi oleh penduduk tempatan yang berpendapatan rendah seperti buruh, petani dan kerani.

Karaoke menjadi aktiviti kegemaran warga Filipina namun pergaduhan sering berlaku di kalangan pengunjung kerana pelbagai kerenah mereka seperti mengkritik nyanyian pengunjung lain dan keengganan mereka berkongsi mikrofon, sehingga pernah berlaku kejadian tembakan. -AFP

Artikel Sebelum

Ketua Pengarah Al-Jazeera Letak Jawatan

Artikel Berikut

Pesawat Terhempas Di Haiti: Tiga Maut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain