suria

Paul McCartney Dakwa Jadi Mangsa Godam Telefon

LOS ANGELES: Bekas ahli kumpulan The Beatles, Paul McCartney berkata pada Khamis bahawa dia juga merupakan mangsa penggodaman talian telefon yang dibuat akhbar British dan akan menghubungi pihak berkuasa mengenai perkara itu.

Penyanyi dan ahli muzik Britain itu membuat satu keterangan melalui rakaman video untuk Television Critics Association semasa beliau dalam konsert di Ohio, Amerika Syarikat.

Bagaimanapun McCartney tidak memberitahu nama akhbar yang menggodam talian telefonnya.

"Saya tidak mengetahui banyak maklumat mengenainya namun saya rasa ia satu pencabulan privasi yang dahsyat dan mungkin berlaku sejak dulu lagi malah lebih banyak individu yang tahu tentangnya," katanya.

Kenyataan tersebut dikeluarkan sehari selepas bekas isteri McCartney, Heather Mills mendakwa seorang wartawan dari kumpulan akhbar Mirror mengaku menggodam telefon Mills. -AFP

Artikel Lain