suria

Nahas Helikopter Di Sulawesi Ragut 10 Nyawa

JAKARTA: Seramai 10 orang penumpang dan kru terbunuh apabila sebuah helikopter terjunam ke kawasan pergunungan, demikian menurut ketua pasukan mencari dan menyelamat, Ludianto pada Khamis.

Ludianto berkata pasukannya menjumpai bangkai helikopter malang itu pada pukul 2 pagi.

Menurutnya, hanya seorang mangsa yang masih hidup semasa bangkai helikopter dijumpai.

Namun katanya, mangsa tersebut kemudian meninggal dunia di hospital disebabkan kecederaan parah yang dialaminya dan mayat sembilan mangsa yang lain dihantar ke Monado.

Jurucakap lapangan terbang, Lucky Pondaag berkata helikopter Bell 412 yang membawa dua warga Australia, dua warga Afrika Selatan dan enam rakyat Indonesia itu terputus hubungan pada beberapa minit selepas berlepas pada tengah hari Rabu dari bandar Manado, Sulawesi.

Kenderaan yang disewa sebuah syarikat perlombongan Australia itu menuju ke Lombong Gosowong di kepulauan Halmahera.

Punca nahas berlaku masih belum diketahui. -AP

Artikel Berikut

Artikel Lain