suria

Lagi Serangan Bom di Kabul: 10 Terkoban

KABUL: Seramai 10 orang awam Afghanistan terkorban dalam satu serangan yang didalangi Taliban di sebuah hotel di sini, demikian menurut polis, Rabu.

"Dalam serangan ini, seramai 10 orang penduduk awam hilang nyawa mereka manakala tiga anggota polis mengalami kecederaan," kata Ketua Polis Kabul, Ayub Salangi.

Menurut Salangi, kebanyakan mangsa yang terbunuh merupakan pekerja hotel tersebut.

Serangan yang dilakukan pengebom berani mati ini berlaku beberapa jam selepas Taliban berkata aktiviti seperti ini tidak akan dilakukan kumpulan lagi. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain