suria

Putera William, Catherine Berbulan Madu

LONDON: Putera William dan isterinya, Catherine sedang berbulan madu namun destinasi bulan madu mereka dirahsiakan, demikian menurut Istana St James.

Pasangan diraja dua sejoli itu tidak pergi berbulan madu sejurus selepas perkahwinan mereka pada 29 April lalu kerana William kembali bertugas sebagai juruterbang tentera.

Menurut istana itu lagi, pasangan pengantin baru tersebut berbulan madu di satu lokasi di luar negara bermula awal minggu ini.

William yang merupakan pewaris kedua taktha mendapat cuti dua minggu yang bertugas sebagai juruterbang penyelamat Tentera Udara Diraja di Kepulauan Anglesey, tambah Istana St james lagi.-AFP

Artikel Lain