208 Calon Dijangka Bertanding Pada Pilihan Raya Singapura - Dunia | mStar

208 Calon Dijangka Bertanding Pada Pilihan Raya Singapura

SINGAPURA: Jabatan Pilihan Raya Singapura berkata pihaknya menerima 208 permohonan bagi mendapatkan Sijil Derma Politik apabila tempoh permohonan itu tamat semalam, sekaligus menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 208 orang memohon untuk bertanding dalam pilihan raya Singapura nanti.

Jabatan itu turut menerima 32 permohonan daripada calon dari kaum India serta lain-lain kaum minoriti, dan 39 dari kaum Melayu, menurut laporan Channel NewsAsia.

Sejak beberapa hari lepas, calon pilihan raya yang berpotensi sudah mulai sibuk mengisi borang Jabatan Pilihan Raya dengan penuh hati-hati bagi menempah tempat dalam pilihan raya itu.

Pada 19 April Presiden SR Nathan membubarkan Parliament atas nasihat Perdana Menteri Lee Hsien Loong, untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya 2011.

Ia dilaksanakan kira-kira enam minggu selepas laporan Sempadan Pilihan Raya Singapura dikeluarkan.

Menurut Writ Pilihan Raya bagi pilihan raya Singapura yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri, hari penamaan calon ditetapkan pada Rabu 27 April, diikuti dengan hari mengundi pada 7 Mei.

Tempoh minimum antara Hari Pencalonan dan Hari Mengundi dilanjutkan dari sembilan kepada 10 hari sebagai pampasan kepada tambahan Hari Bertenang, yang diperkenalkan sebelum ini untuk memberikan masa kepada pengundi bertindak balas terhadap isu-isu semasa yang dibangkitkan, sebelum mereka mula mengundi.

Kawasan pilihan raya Singapura kini terdiri daripada 12 Kawasan Pilihan Raya Keanggotaan Tunggal (SMC), dua Kawasan Pilihan Raya Kumpulan (GRC) empat anggota, 11 GRC lima anggota, dan dua GRC enam anggota.

Kira-kira 2.35 juta rakyat Singapura layak mengundi dalam pilihan raya ini. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Tripoli Dibom, Misrata Dibedil

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain