suria

Krisis Nuklear Fukushima Dan Chernobyl Berbeza

VIENNA: Ketua Keselamatan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Denis Flory menegaskan krisis nuklear Jepun ‘sangat jauh berbeza’ dengan bencana Chernobyl 1986.

Menurutnya, krisis Fukushima dan Chernobyl sangat berbeza, walaupun mempunyai tahap bencana dalam skala antarabangsa krisis atom yang sama.

“Insiden ini jauh berlainan. Tahap pengeluaran dan kemudaratan yang dibawa oleh Chernobyl lebih teruk,” katanya dalam taklimat ringkas kepada media di ibu pejabat IAEA di Vienna, pada Selasa.

Jepun meningkatkan tahap kemalangan di loji nuklear Fukushima Daiichi daripada tahap lima kepada tahap tujuh yang merupakan tahap paling buruk mengikut skala antarabangsa, semalam. – AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain