suria

Lebih Ramai Cerai Berbanding Kahwin Di China pada 2010

BEIJING: Hampir dua juta pasangan di Republik Rakyat China bercerai pada tahun 2010 berbanding jumlah yang berkahwin di dalam negara yang mempunyai jumlah penduduk yang paling ramai itu, lapor media tempatan.

Legal Evening News memetik Kementerian Hal Ehwal Sivil sebagai berkata, sejumlah 1.96 juta pasangan telah mendaftar untuk bercerai pada tahun lalu berbanding hanya 1.2 juta pasangan yang berkahwin.

Kadar perceraian di China bertambah pada 7.65 peratus setahun sejak 2003 apabila undang-undang berkaitan perkahwinan diubah, memudahkan prosedur perkahwinan dan penceraian, menurut laporan yang dikeluarkan Ahad lalu.

Sebelum ini, pasangan yang mahu bercerai perlu mendapatkan kelulusan bertulis dari tempat bekerja mahupun jawatankuasa kejiranan mereka sebelum perceraian boleh dilakukan, tambah laporan tersebut.

Sesetengah penggubal undang-undang di China yang terkejut dengan kadar perceraian itu menyeru agar mereka kembali menggunakan amalan lama.

Laporan itu turut mengatakan bahawa penduduk China yang kini lebih hidup senang dan berdikari menjadi salah satu punca meningkatnya jumlah perceraian di negara itu.

Sichuan, suatu daerah di timur barat China mencatatkan jumlah perceraian paling tinggi tahun lepas.

Menurut laporan, ini mungkin berpunca daripada ramainya penduduk di daerah itu yang terpaksa bekerja jauh dari rumah dan menyebabkan mereka terpisah untuk suatu tempoh masa yang agak lama.

Artikel Sebelum

Rusia Usir Wartawan British

Artikel Lain