suria

Thailand sambut raya hari ini

BANGKOK: Thailand, dengan 7.5 juta penduduk beragama Islam, akan menyambut Hari Raya Aidilfitri hari ini, demikian diumumkan oleh majlis agama Islam wilayah semalam.

Pengumuman itu dibuat selepas majlis agama Islam wilayah masing-masing mengadakan rundingan di kalangan pemimpin agama Islam dengan Sheikul Islam atau Chularachamontri, yang dilantik oleh Raja Thailand sebagai ketua masyarakat Islam di negara ini.

Melihat anak bulan Syawal bagi menentukan Aidilfitri diadakan di beberapa lokasi di seluruh negara semalam.

Dianggarkan kira-kira 7.5 juta penduduk Islam daripada 65 juta penduduk kebanyakkannya tinggal di tiga wilayah selatan iaitu Yala, Pattani dan Narathiwat, yang bersempadan dengan Malaysia, serta di Bangkok dan Ayuthaya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain