suria

Selesema babi merebak, Kanada negara ketiga dijangkiti

GENEVA: Kanada menjadi negara ketiga disahkan dijangkiti selesema babi sementara pihak berkuasa kesihatan antarabangsa sedang memikirkan sama ada perlu mempertingkatkan tahap amaran pandemik global.

Negara-negara dari New Zealand sehingga Sepanyol juga melaporkan kes disyaki sambil mengeluarkan amaran perjalanan kepada rakyatnya ke Amerika Utara manakala yang lain mengetatkan aspek kuarantin dan pengimportan daging babi.

Enam kes dilaporkan di Kanada iaitu di Nova Scotia dan British Columbia - kesemuanya dikaitkan dengan mereka yang mengunjungi Mexico yang sehingga kini dipercayai telah merekodkan 81 kematian.

Amerika Syarikat turut melaporkan kes sedemikian. AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain