suria

Nenek 85 tahun maut selepas bumbung rumah ranap dihempap kren runtuh

Kren dari sebuah tapak pembinaan runtuh dan menghempap sumah teres di timur London. Foto: PA

SEORANG wanita berusia 85 tahun terbunuh selepas sebuah kren runtuh di atas deretan rumah teres di timur London.

Mangsa dikenalpasti sebagai June Harvey.

Kren itu jatuh dari tapak pembinaan sebuah flat, pada petang Rabu.

Salah seorang ahli keluarga Harvey, Sam Atkinson, 28, yang tinggal bersama-sama dengannya menyifatkan mangsa sebagai seorang wanita yang sangat mengambil berat dan menyanyangi keluarganya.

Atkinson berkata, dia pada mulanya menyangkakan bunyi dentuman kuat itu disebabkan kapal terbang terhempas.

"Kami tersangat terkejut, dan trauma. Perkara terakhir yang anda fikirkan akan berlaku adalah kren yang menembusi bumbung rumah anda. Ia sangat trauma," katanya.

Selain Harvey, insiden itu juga mengakibatkan empat yang lain cedera, dengan dua mangsa dikejarkan ke hospital kerana cedera di kepala.

Dilaporkan seorang pekerja binaan berada dalam keadaan kritikal. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kren, bumbun, runtuh, nenek

Artikel Lain