suria

Demi nak beraya di kampung, ramai yang guna dokumen palsu untuk lepasi sekatan

Pihak berkuasa Indonesia sedang melakukan sekatan terhadap pengguna jalan raya di negara itu. Foto: AFP

SEGELINTIR warga Indonesia bertindak menggunakan dokumen palsu demi melepasi sekatan pihak berkuasa agar dapat pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga di kampung halaman.

"Ini adalah saat yang genting," kata Doni Monardo, ketua pasukan petugas mitigasi Covid-19 di Indonesia.

"Saya takut orang yang pergi ke wilayah lain akan kembali dijangkiti dan semua usaha kita akan sia-sia," katanya.

Indonesia merupakan negara dengan majoriti umat Islam terbesar di dunia.

Kes positif Covid-19 di negara itu kini melepasi 20,000 kes, dengan berlaku tambahan kes positif baru tertinggi bagi tempoh 24 jam iaitu 973 kes.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, jumlah kes positif kini berjumlah 20,162 selepas berlaku tambahan 973 kes baru iaitu yang tertinggi bagi tempoh 24 jam, sejak kes pertama disahkan pada 2 Mac lalu.

"Bagi tempoh 12.00 tengah hari Jumaat sehingga 12.00 tengah malam Sabtu, 36 lagi kematian berlaku menjadikan kes kematian akibat virus itu kini 1,278 orang," katanya.

Pelaksanaan pembatasan sosial berskala besar (PSBB) di Jakarta yang bermula 15 Mac lalu, masih berkuat kuasa sehingga 4 Jun. - Theaseanpost.com

Indonesia, dokumen palsu

Artikel Lain