Raja Kamarul Bahrin Belajar Dari Pengalaman Lalu Ketika Ceburi Politik

Diterbitkan: Rabu, 1 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Raja Kamarul Bahrin melakukan walkabout di pasar malam Chendering di Kuala Terengganu.
Raja Kamarul Bahrin melakukan walkabout di pasar malam Chendering di Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU: Kerabat diraja Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang menyeludup masuk anaknya ke Malaysia menggunakan bot dari Australia pada 1992, percaya tempoh sukar suatu ketika dahulu berjaya membantu membentuk karakternya.

Raja Kamarul, 58, berusaha untuk membawa balik dua anaknya ke Malaysia selepas ibu mereka, Jacqueline Gillespie memisahkan mereka dengan berhijrah ke Australia pada 1985.

Sepanjang tempoh lapan tahun bergelut dalam hak penjagaan anak, beliau melihat haknya ditindas setiap kali ingin melawat anak-anaknya.

"Mereka mengambil kad kredit saya dan mengehadkan pertemuan saya dengan mereka. Perintah mahkamah pada 1991 turut melarang saya daripada membawa mereka ke masjid," katanya kepada The Star.

Tidak berdaya untuk menentang sistem di sana, beliau akhirnya terpaksa menyeludup masuk dua anaknya itu ke Malaysia dengan menggunakan sebuah bot laju dengan bantuan seorang rakan.

Kini, Raja Bahrin, memperoleh inspirasi daripada pengalaman tersebut ketika beliau menceburi bidang politik buat pertama kalinya.

Arkitek terkenal itu merupakan calon PAS di kerusi Parlimen Kuala Terengganu dan beliau mengakui perjalanan baru ini meletihkan tetapi menarik.

"Apa yang saya lalui membuatkan saya kuat dan tidak patah semangat. Saya menentang sistem secara keseluruhan bukan individu. Jika saya boleh mengharungi secara rintangan itu, saya yakin boleh melakukannya di sini," katanya.

Raja Bahrin berkata, beliau enggan ditarik ke dalam politik dan lebih suka dirinya dipanggil sebagai aktivis merangkap ahli politik.

Beliau berkata akan menumpukan kepada isu sosial di Terengganu yang ada kalanya diabaikan kerana lebih mementingkan pembangunan.

Salah satu faktor utama yang mempengaruhi beliau untuk menyertai politik adalah aktiviti pembangunan semula kampung Ladang Tok Pelam tahun lalu.

Perkampungan itu yang terkenal dengan pertukangan keris, emas, tembaga hinggalah pembuatan batik tetapi kini kampung tradisi itu mulai lenyap bagi memberi laluan kepada program pembangunan.

"Bandar-bandar besar sentiasa menyimpan warisan mereka. Sebagai seorang arkitek, saya menyedari keperluan untuk pembinaan bangunan baru tetapi bukan dengan cara menjejaskan warisan dan cara hidup rakyat," katanya.

Raja Bahrin, yang merupakan pengasas Amanah Warisan Malaysia berkata, tiada gunanya melabelkan Kuala Terengganu sebagai bandaraya warisan pesisir air apabila hanya perubahan kosmetik dilakukan.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan