Hanya Tiga Dilantik Ke Jawatan Profesor Ulung

Diterbitkan: Khamis, 22 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa sehingga kini, hanya tiga orang yang memenuhi kriteria pemilihan telah dianugerahkan jawatan Profesor Ulung.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chong berkata jawatan itu adalah satu penganugerahan berdasarkan meritokrasi di mana anggota terlibat dalam pentadbiran tidak mendapat apa-apa keistimewaan.

Bagaimanapun, katanya, anggota dalam pentadbiran seperti Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor dan Dekan yang mungkin dianugerahkan Profesor Ulung, wajar dilihat sebagai pengiktirafan terhadap kebolehan dan keupayaan mereka sebagai seorang ahli sarjana.

Ini adalah kerana Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor atau Dekan yang masih meneruskan aktiviti memberi syarahan dan menjalankan penyelidikan di universiti masing-masing.

"Memang KPT amat serius tentang pelantikan Profesor Ulung ini, dan amalan ini diguna pakai di semua universiti ternama dan terkemuka di seluruh dunia serta terbukti paling sesuai untuk kelestarian ekosistem pengajian tinggi," katanya ketika menjawab soalan tambahan Muhammad Husain (PAS-Pasir Puteh) di Dewan Rakyat, Khamis.

Muhammad membangkitkan ada rasa tidak puas hati di kalangan ahli akademik tentang pelantikan Profesor Ulung.

Dalam pada itu, Hou berkata selain daripada syarat asas yang ditetapkan untuk melayakkan seorang calon dianugerahkan jawatan Profesor Ulung, penilaian turut dilakukan berdasarkan tiga kriteria iaitu pengiktirafan dan sanjungan; penyelidikan atau penerbitan berimpak tinggi dan lonjakan.

Katanya, berdasarkan pengiktirafan dan sanjungan, pencapaian tertinggi calon adalah diperakui dalam bentuk anugerah berprestij oleh 'Learning Organisation' serta mendapat penghargaan sumbangan akademik dan profesional dalam bentuk kepimpinan sarjana.

Selain itu, beliau berkata seorang calon juga perlu memenuhi bilangan 'citation' yang ditetapkan oleh jawatankuasa khas dan mesti terbukti kesarjanaannya dalam bidang kepakaran melahirkan idea, teori, konsep untuk pelaksanaan di samping menghasilkan penerbitan berimpak tinggi dan dirujuk sebagai dasar penubuhan institusi dan menjadi kegunaan bagi kesejahteraan kemanusiaan.

"Dan penilaian juga turut mempertimbangkan keupayaan calon memberikan komitmen dan menggambarkan keperibadian sebagai seorang Profesor Ulung yang merupakan ikon negara pada pandangan masyarakat," katanya.

Sementara itu, Hou berkata kerajaan telah mewujudkan jawatan Profesor Ulung Gred Khas Turus bertujuan memperluaskan peluang kemajuan kerjaya kepada pensyarah di institusi pengajian tinggi awam hingga ke peringkat lebih tinggi tanpa perlu memegang sebarang jawatan pentadbiran.

Calon yang dinaikkan pangkat ke jawatan Profesor Ulung akan menerima gaji serta elaun antara RM23,800 hingga RM31,800 sebulan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan