Bagi penggemar budu, anda pasti menjilat jari apabila menikmatinya bersama-sama dengan sajian ini.
Bahan-bahan :
5 potong ikan tongkol
1/4 inci lengkuas - dihiris nipis
1 inci kunyit hidup - dihiris nipis
1 sudu teh serbuk kunyit
2 ulas bawang merah - dihiris nipis
1 ulas bawang putih - dihiris nipis
3 keping asam gelugor
3 biji cili padi - diketuk
5 biji bendi
Garam dan gula secukupnya
Air secukupnya
Cara-cara:
Masukkan air ke dalam periuk secukupnya.
Apabila air telah mendidih,masukkan hirisan bawang putih, bawang merah, kunyit,serbuk kunyit dan lengkuas dalam periuk.
Kemudian,masukkan pula ikan tongkol, asam gelugor, cili padi dan bendi.
Masukkan garam dan gula secukupnya.
Siap untuk dihidang.


