suria

Wanita kongsi 7 bahan rahsia penyedap masakan Thai, terus rasa macam kedai Siam... Paling penting ada cop halal!

Ramai rakyat Malaysia menggemari masakan Thailand. -Gambar hiasan

THAILAND merupakan 'syurga' makanan yang sentiasa menjadi destinasi percutian kegemaran rakyat Malaysia.

Maka tidak hairanlah apabila wujud lambakan kedai serta restoran Thailand di Malaysia yang menyajikan menu-menu enak demi memenuhi selera masyarakat tempatan.

Bercakap tentang hal itu, seorang wanita dikenali sebagai Trisya Aman tampil berkongsi beberapa produk yang menjadi 'penyedap' kepada masakan Thailand.

kicap bukit 1

Kicap ini boleh dipakai untuk menambah rencah dalam masakan anda.

1. Kicap

Kalau dah letak kicap bukit ni, tak perlu letak seasoning dah. Rasa dia sama macam seasoning Maggi.

Tukang masak Siam cakap jangan beritahu sesiapa. Halal.

nampla

Nampla turut digunakan secara meluas dalam masakan di Malaysia.

2. Kicap ikan (nampla)

Nampla yang ni sedap. Yang jenis lain hanyir sikit, bau kuat sampai loya tekak. Halal.

sos labu

Sos labu dikatakan menjadi rahsia keenakan makanan di kedai-kedai Thailand.

3. Sos labu

Sos labu untuk buat daging masam merah atau paprik makin sedap.

Inilah rahsia kedai Siam. Halal.

thai chilli paste

Pes cili ini boleh digunakan untuk menghasilkan tomyam.

4. Pes cili

Thai chilli paste ni paling sedap. Saya selalu buat tom yam atau perap daging guna ni.

Kalau tak percaya, korang boleh tanya tukang masak Siam. Halal.

nisan kabung thgau

Nisan kabung biasanya digunakan untuk membuat somtam.

5. Nisan kabung

Ni aku suggest sangat korang masukkan nisan kabung Thai ni dekat dalam somtam dan kerabu Maggi. Rasa lagi kick.

thai pickeled gardli

Bawang putih jeruk enak dimakan bersama nasi kerabu.

6. Bawang putih jeruk

Dua kali repeat bawang putih jeruk ni. Jenama ni sedap. Rasa manis dan masam-masam sikit.

Sedap dimakan dengan nasi kerabu sebagai penambah rasa dalam makanan. Halal.

ikan jeruk

Anda boleh menggunakan ikan jeruk ini untuk memasak sayur.

7. Ikan jeruk

Nak masak kailan ikan masin atau nasi goreng ikan masin rasa macam kedai Siam? Saya memang pakai yang ini daripada dulu.

Anda boleh menggunakan bahan-bahan yang disebut di atas mengikut olahan cita rasa masing-masing untuk menjamu selera seisi keluarga.

Untuk mendapatkannya, anda boleh mencari produk-produk itu di kedai-kedai runcit, pasaraya mahupun secara dalam talian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain