suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aroma serai penyedap sate ikan dan udang

Satay ikan dan udang cukup menyelerakan!

MUSIM Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini, ramai yang mula kehabisan idea untuk masak buat seisi keluarga.

Apa kata sebagai kelainan, cuba buat sate ikan dan udang menggunakan batang serai.

ARTIKEL BERKAITAN: Ingatkan susah... Senang rupanya buat puding pisang kastard!

Aroma serai ketika memanggang cukup wangi dan menyelerakan. Cuba ikut resepi mudah ini.

Bahan-bahannya:

300 gram isi ikan

300 gram isi udang

2 cawan kelapa parut

5 helai daun limau purut, diracik halus

3 tangkai cili dipotong halus

125 gram rempah makanan laut

2 sudu makan gula merah

Garam dan lada secukup rasa

Batang serai sebagai pencucuk

Cara-cara membuatnya:

1. Kisar isi ikan dan udang sehingga lumat

2. Masukkan kelapa parut, daun limau purut, cili, rempah, gula merah dan bahan perasa. Kacau sebati

3. Lekapkan adunan itu pada batang serai menjadi seperti kebab

4. Panggang sehingga masak dan boleh dihidangkan. - KUALI

Resepi, Satay, Udang, Ikan, Serai

Artikel Lain