suria

Ingatkan susah... Senang rupanya buat puding pisang kastard!

Puding pisang kastard cukup enak dimakan sebagai pencuci mulut.

JIKA anda sudah tak tahu nak jamu apa buat keluarga... apa kata cuba resepi puding pisang kastard!

Dengar macam susah nak buat tapi sebenarnya ia resepi paling mudah tetapi cukup enak di makan seisi keluarga. Jom cuba resepi yang dikongsi oleh Mas Cotek.

ARTIKEL BERKAITAN: Nasi semalam jangan dibuang, boleh buat kek nasi!

Bahan-bahannya:

A. Bahan pisang berserta mentega

5 biji pisang nangka

3 sudu makan mentega

B. Bahan sos kastard

1 tin susu cair

1 cawan air

3 sudu makan tepung kastard

3 sudu makan gula pasir

1/2 sudu makan garam

1 sudu teh esen vanila

Sos kastard penyedap puding pisang.

C. Bahan-bahan lain

Ceri merah

Ceri hijau

Kismis

Cara-caranya;

1. Cairkan mentega, kemudian masukkan semua pisang dan gaul rata (bahan A). Sejukkan dalam peti ais.

2. Satukan semua bahan (B) dan sebatikan.

3. Masakkan semua bahan-bahan itu sehingga sebati menggunakan api perlahan. Pastikan adunan dikacau sehingga pekat.

4. Sejukkan sebelum disiriam ke atas pisang. Taburkan bahan-bahan (C) iaitu kismis, ceri sebagai hiasan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain