Ini 5 resepi popular sepanjang PKP... Anda suka yang mana?

Dalgona Coffee menjadi kegilaan ramai semenjak PKP dilaksanakan.

SEMENJAK Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac lalu, ramai daripada kita yang tampil dengan pelbagai resepi baharu sebagai mengisi masa lapang.

Paling famous adalah Dalgona coffee yang ringkas tetapi mencabar ketika membuatnya. Bagi mendapatkan rasa manis dan krim, bahan seperti serbuk kopi dan gula perlu dipukul sehingga kembang.

ARTIKEL BERKAITAN: Aroma serai penyedap sate ikan dan udang

Malah ramai melakukan cabaran membancuh Dalgona coffee di laman sosial masing-masing.

Kuali menyenaraikan lima resepi paling popular dalam tempoh PKP.

1. Dalgona Coffee

2 sudu teh serbuk kopi

2 sudu gula

2 sudu air panas

Susu dan ais yang dituang ke dalam gelas

2. Murtabak Maggi

Jemu juga makan mi segera yang hanya ditambah telur dan sayur. Apa kata cuba buat murtabak menggunakan mi segera dengan hanya beberapa bahan ringkas.

1 bungkus mi segera kari

1 biji telur

Sedikit daun bawang

Celurkan mi dalam air panas sehingga lembut dan buang airnya. Pukul telur bersama serbuk kari mi segera, daun bawang dan mi yang telah direbus.

Gunakan kuali leper untuk menggoreng mi seperti membuat murtabak. Siap!

3. Kek Periuk Nasi

Siapa kata tak boleh buat kek guna periuk nasi? Paling best, anda boleh gunakan pelbagai kreativiti bagi menyedapkan lagi kek anda.

3 biji telur

90 gram tepung kek

20ml minyak jagung

60 gram gula

Pukul telur menggunakan mixer dan tambah gula secara perlahan-lahan. Terus pukul telur menggunakan kelajuan paling tinggi selama tiga minit.

Tuang minyak jagung dan tepung kek. Gaul menggunakan senduk sehingga adunan sebati. Tuang bahan-bahan itu tadi dalam periuk nasi dan masak sehingga 20 minit.

4. Biskut Mentega Kacang

Bila kena duduk rumah, mulut memang asyik nak mengunyah. Daripada beli junk food, lebih baik buat sendiri biskut mentega kacang di rumah!

1 cawan mentega kacang (128 gram)

1/2 cawan gula pasir (60 gram)

Sebiji telur

Panaskan terlebih dahulu ketuhar anda pada suhu 180 darjah celcius. Campurkan semua bahan-bahan dalam mangkuk dan bentukkannya menjadi doh menggunakan tangan.

Letak di atas dulang pembakar dan sapu sedikit minyak sebelum tekan adunan itu menjadi leper. Bakar selama 8 ke 10 minit. Siap.

5. Pisang Cheese

Rindu pisang goreng? Jom buat pisang cheese sendiri dirumah. Memang puas hati.

2 biji pisang yang dilenyek

Keju yang diparut halus

Kulit popiah

Bungkus pisang lenyek dan keju dalam kulit popiah dan goreng sehingga keemasan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain