suria

Aplikasi ini buat anda lebih berdisiplin dalam berbelanja... Mudah nak guna, kalau boros ada amaran dikeluarkan!

Aplikasi Money Manager yang membantu anda menjejak perbelanjaan bulanan.

HIDUP dalam zaman di mana kos sara hidup semakin meningkat, kebanyakan isi rumah berdepan cabaran kewangan yang besar.

Harga barang keperluan seperti makanan, bahan api dan sebagainya terus naik, justeru pengurusan kewangan yang bijak amatlah penting.

Setiap individu khususnya yang sudah berkeluarga perlu peka terhadap perbelanjaan harian mahupun bulanan mereka.

Dengan cara ini, mereka bukan sahaja dapat mengimbangi antara pendapatan dengan perbelanjaan, malah dapat mendisiplinkan diri dan membuat perancangan kewangan yang rapi.

ARTIKEL BERKAITAN: Hutang pun ada baik dan jahat... Fahami dulu sebelum buat pinjaman, takut termakan diri

Sebenarnya memang agak leceh dan susah jika mahu mengenal pasti setiap perincian perbelanjaan secara manual.

Tapi usah risau, sekarang sudah ada aplikasi yang boleh membantu anda mengesan dan merekod perbelanjaan bulanan dengan mudah, sebagaimana perkongsian @sabrinazhohir di laman X.

"Untuk korang yang ada masalah susah nak track duit belanja, tahu-tahu dah habis, please gunakan aplikasi ini.

"Aplikasi ni ni namanya Money Manager (Money Mgr). Boleh terus tulis apa korang beli hari-hari, nanti dia sum up terus. Senang je nak guna.

"Sebaik saja korang log in, terus boleh catatkan apa daily expenses. Boleh catatkan jenis belian apa, siapa yang bayar, beli di mana," tulisnya.

money 2

Kategori perbelanjaan (kiri) dan nota perbelanjaan harian (kanan) yang memudahkan anda mengesan jumlah perbelanjaan yang dilakukan.

Apa yang menarik, pengguna boleh mengalihkannya kepada bentuk carta atau Excel untuk mudah melihat setiap perbelanjaan dengan lebih jelas.

Sebagai contoh, pengguna dapat melihat pecahan perbelanjaan mengikut kategori seperti makanan, percutian, beli-belah, kesihatan, pengangkutan dan sebagainya.

Berikut adalah fungsi Money Manager:

- Membolehkan pengguna menyemak semula jumlah wang yang telah atau akan digunakan pada setiap bulan.

- Jika perbelanjaan menghampiri zon merah (hampir melepasi kemampuan), amaran akan dikeluarkan untuk peringatan.

- Membolehkan pengguna memindah dan menerima wang sesama individu yang berada dalam rangkaian (network).

Apabila sudah dapat mengenal pasti perbelanjaan yang dilakukan, barulah kita dapat merangka perancangan kewangan dan lebih berdisiplin untuk berbelanja pada masa depan.

Mudah bukan? Apa tunggu lagi... muat turun sekarang untuk merancang kewangan lebih bijak.

Selamat mencuba!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain