suria

Bride 6.0 buah tangan Wanzar untuk raja sehari... 24 rekaan gaun gabungan konsep tradisional, minimalis serlah keanggunan pengantin

Bride 6.0 buah tangan Wanzar untuk koleksi musim perkahwinan kali ini.

MENJELANG musim cuti persekolahan tidak lama lagi, kebanyakan pasangan turut sama meraikan hari bahagia mereka.

Sebagaimana kelaziman tiap kali muncul musim perkahwinan, jenama fesyen tempatan, Wanzar, tampil dengan koleksi buat bakal raja sehari.

Kali ini, Wanzar melancarkan Bride 6.0, koleksi busana ready-to-wear (RTW) yang menggabungkan konsep reka bentuk anggun dengan sentuhan identiti tradisional Malaysia.

WANZAR 3

Sesuai dengan visi Wanzar untuk mengangkat setiap helaian agar sesuai dengan raja dan permaisuri, koleksi pengantin baharu itu menampilkan material satin duchesse yang indah, sejenis sutera tenunan yang popular kerana teksturnya yang berkilauan.

Rekaan ini mengangkat tema klasik dengan menonjolkan variasi warna putih, daripada putih tulen kepada putih gading dan krim yang lembut.

ARTIKEL BERKAITAN: Perhatian bakal pengantin! Jangan main tangkap muat, ketahui tip pelamin menawan

"Estetika perkahwinan yang ideal, yang secara tradisinya menampilkan corak yang lebih rumit dan warna yang lebih cerah, telah berubah mengikut peredaran masa kepada tona neutral dan lebih minimal.

WANZAR 2

"Kehalusan rekaan benar-benar menyerlahkan keanggunan raja sehari terutamanya apabila digandingkan dengan reka bentuk yang diilhamkan oleh warisan tempatan," demikian menurut pengasas Wanzar, Abu Zarin Abdullah.

Untuk koleksi Bride 6.0, Wanzar menampilkan 24 rekaan gaun pengantin yang pasti membuatkan raja sehari anggun dan menawan.

Setiap rekaan tampil dengan gaya dan potongan berbeza yang berasal dari seluruh Malaysia, daripada potongan fesyen Pahang kepada lipatan anggun potongan Kedah.

Lebih menarik, setiap gaun didatangkan lengkap dengan sehelai selendang polos secara percuma!

WANZAR 4

Koleksi Bride 6.0 juga menawarkan tiga rekaan busana untuk lelaki iaitu leher cekak musang dan teluk belanga, bagi memudahkan pasangan pengantin memilih persalinan sedondon.

Pasangan pengantin boleh mendapatkan koleksi Bride 6.0 mulai 27 Ogos di cawangan Wanzar di Subang Jaya dan Johor Bahru, atau melalui laman web mereka: https://www.wanzar.com.my/

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain